Majlis Graduasi SPM 2009 PDF Print E-mail
Written by Rohazira Binti Razalli   
Wednesday, 10 March 2010 19:58

MAJLIS GRADUASI SPM  2009  KALI KE 4

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan Majlis Graduasi SPM kali ke empat seperti mana ketetapan berikut :

Tarikh /hari              : 11 Mac 2010
Masa Pendaftaran     : 9.30 pagi
Tempat                  : Dewan Perdana Putra, SMK Bandar Putra

Bagi melancarkan majlis , setiap murid diminta untuk membayar sebanyak RM 70.00 untuk tujuan yang berikut :
(a)    Sewaan Jubah     RM30.00
(b)    Fotografi            RM25.00
(c)    Sijil dll                 RM15.00

Untuk makluman pihak tuan/puan, pembayaran hendaklah dibuat sebelum atau pada hari keputusan SPM diumumkan  semasa pendaftaran.

Sebarang masalah  atau pertanyaan berkaitan majlis tersebut bolehlah berhubung dengan Pn Rohazira Binti Razalli (013-7281757). Kerjasama dan perhatian tuan/puan kami dahului dengan ribuan terima kasih.

Tatacara Majlis Graduasi

1.    Majlis Graduasi ini akan dijalankan secara rasmi sepanjang majlis.
2.    Pendaftaran akan bermula dari jam 9.30 pagi hingga 10.30 pagi.
3.    Pakaian untuk masuk ke dalam dewan adalah sopan dan kemas.(rasmi)
Lelaki : Seluar slack gelap(hitam), kemeja lengan panjang dan bertali leher, Blazer/kot
Kasut bertutup dan stokin (warna gelap)
Perempuan : Baju kurung/kebaya (sopan dan kemas), Skirt  labuh (lebih paras lutut/buku
lali), Blouse lengan panjang, Rambut kemas dan sopan
4.    Jubah , perkhidmatan fotografi, buku program dan beg cenderamata hanya akan diberikan selepas pembayaran dibuat.
5.    Jurugambar khas akan disediakan.
6.    Jubah akan diberikan semasa pendaftaran dan hendaklah  dipulangkan selepas  tamat majlis.
7.    Jubah hendaklah dipulangkan dalam keadaan baik seperti asal. Gantirugi akan dikenakan jika jubah yang dipulangkan rosak.
8.    Tetamu hendaklah sentiasa mematuhi protokol majlis.

Tentatif Aturcara Program

9.30 pagi    :     Sesi Pendaftaran  calon /graduasi SPM 2009 dan
pengambilan     jubah
Pendaftaran Ibu bapa dan jemputan
10.30 pagi    :    Ibu bapa dan para jemputan mengambil tempat
11.00 pagi    :    Perarakan masuk graduan lepasan SPM 2009
:     Perarakan masuk warga akademik SMK Bandar Putra
11.30 pagi    :    Bacaan doa
:    Ucapan alu-aluan Pengetua dan Pengumuman SPM 2009
En Azman Bin Adnan
:    Ucapan Pegawai Pelajaran Daerah Kulai
Tn Hj Baharom Bin Ali
:     Penyampaian Keputusan SPM 2009
:     Nyayian lagu Sekolah dan Negaraku
:     Sesi Fotografi
:     Jamuan dan bersurai

Last Updated on Wednesday, 10 March 2010 20:02
 

Countdown

Hanya
Penilaian Menengah Rendah (PMR 2010)

Countdown 2

Hanya
Peperiksaan Sijl Pelajaran Malaysia (SPM) 2010

Statistik Pengunjung

Anda Pelawat ke:
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini62
mod_vvisit_counterSemalam0
mod_vvisit_counterMinggu Ini62
mod_vvisit_counterBulan Ini62
Terima Kasih Atas Kunjungan Anda.