Artikel
KARIVAL BAHASA TAMIL PDF Print E-mail
Written by DOKUMENTASI   
Wednesday, 07 July 2010 10:56

Program:Karnival Bahasa Tamil Sekolah-sekolah Menengah dan Rendah Jenis Kebangsaan Tamil Negeri Johor Kali Ke-10.

Tarikh:3 Julai 2010

Tempat:  SMK Bandar Putra

Masa: 8 pagi -2 petang

perasmian Pembukaan: YB M.M. Samy  (Adun Permai)

Pasmian Penutup: En. Azman Bin Adnan ( Pengetua SMK Bandar Putra)

Karnival Bahasa Tamil Sekolah-sekolah Menengah dan Rendah Jenis Kebangsaan Tamil Negeri  Johor Kali Ke-10 telah diadakan dengan jaya di SMK Bandar Putra. Pelbagai pertandingan dipertandingkan antaranya ialah syarahan, esei, kuiz Bahasa Tamil, deklamasi sajak dan menulis cerpen. Berikut ada kejayaan-kejayaan yang dicapai oleh peserta sekolah kita.

1 Perbahasan: Johan Kanageswary A/P Ganggayah, Aneesch preetha A/P Vidanaigam, Dharsinah A/P Kannapan, Cabita A/P Selvaraji

2 Syarahan:  Johan Nanthini A/P Esvaran

3 Kuiz: Johan Yuvaranee A/P Samanaseh

Naib Johan Kavitha A/P Sinniah Kovendra

4 Esei: Johan Hemma A/P Permal

 

Last Updated on Monday, 02 August 2010 10:28
 
EFFICIENCY ENERGY COOKING COMPETITION ( EECC) PDF Print E-mail
Written by dokumentasi   
Wednesday, 07 July 2010 10:04

Tahniah diucapkan kepada pasukan sekolah kita yang terdiri daripada Nurul Fatihah Faisal (3A), Azida Aina Azmi(3A) dan Lim Sze Yi(3A) kerana kerana berjaya muncul juara  bagi pertanding EFFICIENCY ENERGY COOKING COMPETITION ( EECC) peringkat daerah. Pertandingan ini telah diadakan pada 26 Jun 2010 yang lalu bertempat di SMK Taman Putri. Jutaan tahniah dan terima kasih diucapkan kepada Pn. Haryati Bahari kerana telah berjaya membimbing mereka dengan jayanya. Tahniah dan semoga lebih berjaya lagi di masa hadapan.

Last Updated on Tuesday, 13 July 2010 10:20
 
SMKBP Johan Bola Sepak Bwh 15 Tahun Edisi 2010 PDF Print E-mail
Written by The Coach   
Sunday, 16 May 2010 23:15

Salam Sejahtera,

Pada 4-6 Mei 2010, pasukan Bola Sepak SMK Bandar Putra telah menyertai Kejohanan Bola Sepak Bawah 15 Tahun, Edisi 2010, anjuran MSSD Kulaijaya. Tuan rumah kejohanan kali ini adalah SMK Taman Puteri.

Pada penyertaan kali ke 7 (berasaskan kepada tarikh dan tahun sekolah dibuka), SMK Bandar Putra telah berjaya muncul sebagai Johan setelah menewaskan cabaran SMK Senai dengan jaringan mutlak 2-0.

Paling manis sekali, kemenangan ini turut disaksikan oleh Pengetua, En. Azman Bin Adnan dan GPK HEM, Pn. Shurina Binti Abd. Jalil, serta guru-guru lain yang tidak jemu memberikan sokongan moral kepada pasukan SMKBP pada perlawanan akhir yang berlangsung di Padang Stadium Mini Kulaijaya, Taman Puteri.

Berikut adalah keputusan penuh perlawanan yang melibatkan SMK Bandar Putra (SMKBP)

Peringkat Kumpulan

SMKBP (4) VS **SMK Kelapa Sawit (3)

(** SMK Kelapa Sawit adalah Juara Bertahan 2007-2009 )

SMKBP (5) VS SMK Kulai Besar (1)

SMKBP (2) VS SMK Kota Kulai (2)

Suku Akhir

SMKBP (3) VS SMK Kangkar Pulai (1)

Separuh Akhir

SMKBP (4) VS SMK Bandar Tenggara 1 (1)

Akhir

SMKBP (2) VS SMK Senai (0)

Pasukan SMKBP telah berjaya mengumpul 20 jaringan keseluruhan dan bolos 8. Lebih menarik, Sivaa a/l Pannar Selvam (penyerang) telah muncul sebagai penjaring terbanyak kejohanan iaitu sebanyak 12 gol.

Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun secara tidak langsung.

Cabaran berat kini menanti untuk mempetahankan kejuaraan. Namun semuanya tidak mustahil untuk dicapai.

Teringat kata perangsang saya kepada pemain sebelum perlawanan akhir...

"...peluang beraksi di final mungkin hanya sekali dalam seumur hidup..so,.work hard, never fear and never gave up..No pain, No gain"..

Finally...The Champ is Here..

 

Last Updated on Tuesday, 18 May 2010 10:44
 
Pengumuman Keputusan PMR 2009 SMK Bandar Putra Kulaijaya PDF Print E-mail
Written by Dokumentasi PMR   
Monday, 18 January 2010 16:50

 

pmr09

 

Majlis penyampaian keputusan PMR 2009 dirasmikan oleh YDP PIBG SMK Bandar Putra, Prof. Madya Dr Mohamad Ngasri bin Dimon. Seramai 103 orang pelajar SMK Bandar Putra mendapat semua A dalam PMR 2009 melepasi sasaran sekolah iaitu 95 orang dengan GPS 1.22,  peningkatan sebanyak  0.05 daripada PMR 2008. Seterusnya melayakkan SMK Bandar Putra berada di kedudukan pertama bagi PMR 2009 daerah Kulaijaya.

Tahniah kepada semua pelajar dan guru SMK Bandar Putra.

Last Updated on Thursday, 21 January 2010 19:06
 
Hubungi Kami PDF Print E-mail
Written by zaidah   
Thursday, 14 January 2010 15:02

Alamat sekolah : SMK BANDAR PUTRA, JALAN NURI 9, BANDAR PUTRA, KULAIJAYA 81000 KULAIJAYA JOHOR
No Telefon: 075999409
No Faks: 075990928
Email: This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

 
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Next > End >>

Page 2 of 12

Countdown

Hanya
Penilaian Menengah Rendah (PMR 2010)

Countdown 2

Hanya
Peperiksaan Sijl Pelajaran Malaysia (SPM) 2010

Statistik Pengunjung

Anda Pelawat ke:
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini79
mod_vvisit_counterSemalam206
mod_vvisit_counterMinggu Ini1463
mod_vvisit_counterBulan Ini3456
Terima Kasih Atas Kunjungan Anda.