|
Susah ke belajar komputer? |
|
|
|
|
Written by Cikgu Komputer
|
|
Wednesday, 04 February 2009 21:45 |
|
Anda belajar komputer mula-mula dulu macam mana? Secara formal di dalam kelas atau anda cuba-cuba sendiri? Try and error lah lebih kurangnya. Rasa-rasa mana lagi baik? Macam mana kalau secara e-kursus dari emel? Saya bukanlah nak buat e-kursus tentang komputer dari emel (tapi kalau akan datang boleh juga, mana tau kan ). Cuma nak kongsi cara untuk belajar komputer ni, dan tak semestinya anda guna satu cara saja. Boleh juga pelbagai cara digabungkan. Antara teknik belajar komputer:- |
|
Read more...
|
|
|
KEPENTINGAN MENCUCI TANGAN (INFO SIHAT) |
|
|
|
|
Written by PANITIA PJPK
|
|
Wednesday, 04 February 2009 14:54 |
|
Setiap kali sebelum menjamah makanan adalah dinasihat agar kita sentiasa membasuh tangan terlebih dahulu. Ini kerana terdapat kuman pada permukaan kulit yang boleh menyebabkan kita dijangkiti pelbagai penyakit. Kuman boleh disebarkan melalui tangan yang kotor dan percikan ludah iaitu ketika batuk atau bersin. |
|
Last Updated on Wednesday, 04 February 2009 21:29 |
|
Read more...
|
|
Majlis Pelantikan Pengawas SMKBP 2009 |
|
|
|
|
Written by SURIDAH BINTI HAMZAH
|
|
Tuesday, 20 January 2009 17:29 |
|
Majlis Pelantikan Pengawas SMKBP sesi 2009 telah berlangsung pada 19 Januari 2009, jam 7.30 hingga 8.10 pagi di Dewan Perdana Putra. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku diikuti lagu Bangsa Johor dan bacaan doa oleh Azli Bin Hanafiah. Seterusnya, majlis diteruskan dengan ucapan aluan-aluan daripada PK1 SMKBP, En. Md Yusoff Bin Mohamad diikuti dengan ucapan perasmian oleh wakil rasmi PPD Kulai, En. Mohd Yusof Bin Katmi. Dalam ucapannya, beliau mengucapkan tahniah kepada para pelajar yang dilantik sebagai Pengawas. Tugas pengawas bukannya satu kerja yang mudah dan hanya pelajar yang berkaliber dan berdedikasi sahaja yang mampu melaksanakannya. Jadi beliau berharap agar para pengawas dapat menjadi contoh yang baik kepada pelajar-pelajar yang lain. Kemuncak majlis ialah penyampaian watikah pelantikan kepada para pengawas. Majlis di akhiri dengan nyanyian lagu sekolah. Seramai 80 orang pelajar dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5 telah diberikan watikah berkenaan. Tahniah kepada semua pengawas SMKBP. Diharapkan mereka akan dapat memberikan sumbangan dan perkhidmatan yang cemerlang untuk sekolah ini. |
|
Last Updated on Friday, 23 January 2009 22:12 |
|
|
Written by Administrator
|
|
Tuesday, 13 January 2009 22:04 |
|
|
|
Last Updated on Tuesday, 13 January 2009 22:06 |
|
Read more...
|
|
Majlis Pelancaran Ponteng Sifar, e-Disiplin dan Buku Pintas |
|
|
|
|
Written by Administrator
|
|
Monday, 12 January 2009 19:03 |
|
Majlis Pelancaran Program Ponteng Sifar, e-Disiplin dan Buku Pintas SMK Bandar Putra telah dijalankan pada hari ini, 12 Januari 2009 dalam perhimpunan mingguan di Dewan Perdana Putra mulai jam 7.30 pagi. Pelancaran telah disempurnakan oleh En. Azman bin Adnan, Pengetua SMK Bandar Putra. Antara pengisian program ialah ikrar pelajar, penyerahan dokumen ikrar kepada semua ketua tingkatan, dan ucapan Pengetua. Guru-guru dan pelajar-pelajar juga berpeluang mendengar amanat oleh Pengarah Pelajaran Johor sempena awal sesi persekolahan 2009. Selain daripada itu seramai 130 orang pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 5 telah dianugerahkan sijil kehadiran 100% bagi sesi persekolahan 2008. Syabas kepada pelajar-pelajar terlibat. |
|
Last Updated on Sunday, 21 March 2010 03:27 |
|
|
|
|
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Next > End >>
|
|
Page 10 of 12 |