Artikel
HATI DAN PAGAR KAWAT YANG BERDURI PDF Print E-mail
Written by Suriati binti Fauzi   
Saturday, 14 February 2009 13:13

Setiap pasangan ingin mempunyai sebuah perhubungan yang sentiasa ceria, kukuh, mantap, penuh dengan cinta, romantik dan tidak berlaku konflik di dalamnya. Namun “tradisi” dalam perhubungan itu sendiri tidak memungkinkan ia bebas dari berlakunya perselisihan faham, “bermasam-muka”, terasa hati dan “perkara-perkara yang sewaktu dengannya.” Pasangan yang cemerlang bertengkar dengan bersebab. Mereka tidak

Last Updated on Saturday, 14 February 2009 16:11
Read more...
 
AMARAN DARI POLIS DIRAJA MALAYSIA PDF Print E-mail
Written by Kay M.A   
Friday, 13 February 2009 20:48
" AMARAN DARI PIHAK POLIS - BERHATI-HATI PADA KERTAS YANG MELEKAT PADA CERMIN BELAKANG KENDERAAN ANDA - CARA TERBARU UNTUK MENCURI KERETA
Last Updated on Saturday, 14 February 2009 16:12
Read more...
 
PERTANDINGAN MENULIS CERITA KANAK-KANAK SEMPENA SAMBUTAN PERAYAAN HARI GURU 2009 PDF Print E-mail
Written by MASLINA BINTI REJOH   
Friday, 13 February 2009 16:19

Cerita-cerita yang diilhamkan oleh murid-murid dan guru SMK Bandar Putra  untuk pertandingan Menulis Cerita Kanak-kanak anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia sempena Sambutan Hari Guru tahun ini.

Last Updated on Saturday, 14 February 2009 11:20
 
Anugerah Lonjakan Saujana KRK 2008 PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Wednesday, 11 February 2009 18:37

SMK Bandar Putra sekali lagi dianugerahkan Lonjakan Saujana Kelas Rancangan Khas (KRK), kategori Pelajar Cemerlang (Perfect Score) PMR tahun 2008 bagi sekolah-sekolah yang mempunyai Program KRK. Anugerah telah disampaikan oleh Tuan Haji Sufaat bin Tumin, Pengarah Pelajaran Johor kepada sekolah ini yang diwakili oleh En. Azman bin Adnan, Pengetua SMK Bandar Putra sempena Majlis Perasmian Perjumpaan dan Mesyuarat Agung Majlis Perhubungan Pengetua-Pengetua Sekolah Kelas Rancangan Khas (MPPKRK) negeri Johor yang diadakan pada 10 Februari 2009 di Hotel Selesa Johor Bahru. Perjumpaan berkenaan dihadiri oleh semua Pengetua dan Guru Penyelaras sekolah KRK negeri Johor.

Dalam peperiksaan PMR tahun 2008 yang lalu SMK Bandar Putra telah berjaya memperbaiki keputusan bagi calon-calon KRK yang memperoleh 42.05% berbanding 24.2% pada tahun 2007 dengan kenaikan sebanyak 20.9%.

Daerah Kulaijaya turut dianugerahkan daerah ke-2 terbaik bagi kategori calon yang mendapat 5A ke atas. Secara keseluruhannya pencapaian KRK daerah Kulaijaya adalah di tempat keenam terbaik.

Dalam ucapannya, Tuan Pengarah Pelajaran Johor menzahirkan rasa bangga beliau kepada sekolah-sekolah KRK yang berjaya memperbaiki keputusan PMR pada tahun 2008 yang lalu dengan menyumbang 38% kepada pencapaian calon yang mendapat perfect score di negeri Johor. Pada tahun ini juga terdapat beberapa buah sekolah KRK yang berjaya mengatasi pencapaian cemerlang 4 buah sekolah berstatus Sekolah Berasrama Penuh (SBP) di negeri Johor. Secara keseluruhannya seramai 806 orang (42.2%) calon daripada 1900 orang calon (30 buah sekolah KRK) yang mendapat keputusan perfect score dalam PMR yang lalu.

Beliau juga mengharapkan agar 30 buah sekolah KRK di negeri Johor dapat meneruskan kecemerlangan ini dengan mensasarkan pencapaian melepasi  sasaran (terget) masing-masing melalui program dan aktiviti yang berkualiti, menjadikan sekolah cemerlang sebagai penanda aras dan mengoptimumkan peranan MPPSKRK melalui program berpusat.

TAHNIAH kepada semua pelajar KRK, Penyelaras KRK dan semua guru SMK Bandar Putra. Teruskan kecemerlangan ini.

Last Updated on Sunday, 21 March 2010 03:25
 
Petikan Akhbar : Trend enggan bawa buku teks jadi budaya PDF Print E-mail
Written by Lembaga Disiplin Sekolah   
Monday, 09 February 2009 22:39

KUALA LUMPUR: Pelajar sekolah menengah kini berdepan trend membimbangkan, keengganan mereka membawa buku teks ke sekolah yang boleh mengundang permasalahan jangka panjang terutama dalam melahirkan masyarakat berilmu.

Trend yang membimbangkan itu diakui guru, ibu bapa serta di pihak Kementerian Pelajaran iaitu Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Kementerian Pelajaran.

Keengganan membawa buku bukan saja menyukarkan pembelajaran di sekolah malah buku itu juga tidak digunakan untuk rujukan di rumah.

Bagaimanapun, majoriti pelajar tidak menganggap perbuatan mereka itu satu kesalahan dan memberi pelbagai alasan termasuk malas, beg berat serta tidak sukakan guru yang mengajar subjek tertentu.

Kalangan guru dan Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) menganggapnya sudah menjadi satu budaya biasa di kebanyakan sekolah. Guru pula takut mendenda murid kerana bimbang ia boleh menyemai rasa benci kepada pembelajaran, selain takut dicederakan.

"Tidak membawa buku teks menjadi budaya biasa di kalangan pelajar. Malah lebih mengejutkan apabila ditanya mengapa tidak membawa buku, tanpa rasa bersalah mereka dengan selambanya menjawab, malas," kata seorang guru, Lieza Umar (bukan nama sebenar) yang mengajar di sebuah sekolah menengah di Selangor.

Malah, kata Lieza, kebanyakan pelajar, khususnya pelajar lelaki kelas corot bukan saja tidak membawa buku teks tapi datang ke sekolah dengan beg kosong tanpa buku tulis dan buku latihan.

"Ketika mula-mula mengajar dulu, saya terkejut apabila mendapati ramai pelajar memikul beg kosong sehinggakan saya terpaksa menyediakan kertas untuk mereka catat apa yang diajar.

"Tapi biasanya kertas itu akan bertukar menjadi sampah apabila saya melangkah keluar dari kelas," katanya kesal.

Lieza turut mendakwa ada segelintir pelajar yang hanya membawa buku teks subjek tertentu disebabkan takut dengan guru yang mengajar tapi ada juga yang memberi alasan tidak membawa buku sebab tidak suka guru berkenaan.

"Atas alasan tidak sukakan guru tertentu, mereka tidak bawa buku dan ada juga yang ponteng kelas hanya kerana alasan itu. Lebih mengecewakan, kami sebaliknya dipersalahkan ibu bapa jika memarahi anak mereka kerana tidak membawa buku teks. Saya juga sudah tidak berani memarahi pelajar kerana takut dicederakan.

"Pernah saya memarahi seorang pelajar lelaki dan minta dia keluarkan buku modul, tapi dia hanya memandang tajam ke arah saya membuatkan saya berasa gerun," katanya.

Seorang lagi guru, Tina Musa (bukan nama sebenar), yang berpengalaman mengajar di dua sekolah menengah di bandar Melaka, pula mendakwa perbuatan tidak membawa buku teks berlaku di sekolah bandar atau desa.

"Perkara ini bukan kes terpencil. Saya akui ia memang berlaku dan kebanyakan yang terbabit adalah pelajar lelaki menengah atas yang belajar di kelas tercorot," katanya.

Tina berkata, kesalahan itu dikategorikan sebagai masalah disiplin tapi disebabkan terikat dengan peraturan yang tidak membenarkan pelajar didenda, gejala itu sukar dibendung.

Sementara itu, beberapa pelajar yang ditemui berkata: Malaslah nak bawa buku teks. Beg berat sangat dan bahu pun sakit. Kalau bawa pun, bukannya digunakan sebab cikgu selalunya mengajar tanpa merujuk buku teks."

Mereka juga dikatakan mengikut jejak ramai rakan lain serta pelajar lebih 'senior,' yang lebih suka meninggalkan buku teks di rumah manakala kelompok lain, khususnya di sekolah satu sesi, lebih suka meletakkan buku teks di bawah meja masing-masing.

Bagi mereka, perbuatan membawa buku teks itu cuma satu bebanan, bukan kemestian biarpun menyedari ia satu kesalahan. Tidak hairanlah, biarpun dimarahi, diberi amaran serta didenda guru supaya membayar 20 hingga 30 sen bagi setiap kesalahan, ia terbukti tidak menghalang mereka mengulangi perbuatan itu.

Seorang pelajar Tingkatan Dua sebuah sekolah di ibu negara yang identitinya tidak boleh didedahkan, mendakwa perbuatannya tidak membawa buku teks bukannya sesuatu yang asing.

Biarpun menyedari perbuatan itu salah, beliau mendakwa tindakannya itu turut dilakukan ramai pelajar yang lain.

"Bukan saya seorang, tetapi ramai rakan lain berbuat demikian. Buat apa nak bawa buku kalau guru pun jarang menggunakannya kerana lebih banyak mengajar menggunakan buku rujukan dan menulis di papan hitam," katanya yang mengakui tidak membawa buku teks sejak bermulanya sesi persekolahan, awal tahun ini.

Ditanya sama ada beliau menyedari perbuatannya itu satu kesalahan, pelajar itu mengakui pernah dimarahi guru beberapa kali. Namun amaran tinggal amaran.

"Cikgu memang marah. Tapi bukan selalu cikgu periksa kami bawa atau tidak buku teks."

Beliau yang belajar di kelas tercorot mendakwa tindakannya dan rakan-rakan itu bukan satu masalah besar kerana mereka masih boleh berkongsi buku teks di sekolah.

Seorang lagi pelajar yang mengakui lebih selesa meninggalkan buku teks di bawah meja, berkata beliau memilih tidak membawa pulang buku teks selepas sering sakit bahu dan terpengaruh dengan pelajar 'senior' di tingkatan empat dan lima yang turut melakukan perbuatan itu.

"Setiap subjek mempunyai lebih daripada satu buku teks. Ini tidak termasuk buku nota, tulis dan buku kerja. Bagi subjek Bahasa Melayu misalnya, kami perlu membawa dua buku teks iaitu Pemahaman Umum, Tatabahasa, buku Komsas serta dua buku lain.

"Bagi subjek Sains pula, perlu bawa tiga buku teks, buku latihan, buku nota, buku rampaian praktikal atau makmal. Bayangkanlah itu baru dua subjek, kalau dicampur dengan buku Matematik dan subjek lain, ia memang menjadikan beg berat," katanya.

(Sumber: Berita Minggu/08 Feb 2009)

 

Last Updated on Wednesday, 11 February 2009 16:08
 
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Next > End >>

Page 8 of 12

Countdown

Hanya
Penilaian Menengah Rendah (PMR 2010)

Countdown 2

Hanya
Peperiksaan Sijl Pelajaran Malaysia (SPM) 2010

Statistik Pengunjung

Anda Pelawat ke:
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini80
mod_vvisit_counterSemalam206
mod_vvisit_counterMinggu Ini1464
mod_vvisit_counterBulan Ini3457
Terima Kasih Atas Kunjungan Anda.