|
Written by Lembaga Disiplin Sekolah
|
|
Sunday, 05 April 2009 13:48 |
|
Apa itu membuli? - Membuli ialah satu gangguan berulang dan menyerang orang lain
- Kelakuan membuli boleh jadi fizikal atau percakapan atau kedua-duanya
- Di zaman siber ini, membuli ada dilaporkan secara langsung dalam "chart room", sistem pesanan ringkas (SMS) dan juga melalui E-mail
- Membuli kerap kali terjadi tanpa pengetahuan ibu bapa dan guru
- Kebanyakan pembuli tidak mengaku mereka terlibat, manakala mangsa buli pula memilih untuk berdiam diri kerana takut pembalasan dan dimalukan
|
|
Last Updated on Monday, 06 April 2009 09:57 |
|
Read more...
|
|
|
Written by Julia Abdul Muttalip
|
|
Saturday, 21 March 2009 19:47 |
|
Six sick slick slim sycamore saplings. A box of biscuits, a batch of mixed biscuits A skunk sat on a stump and thunk the stump stunk, but the stump thunk the skunk stunk. Peter Piper picked a peck of pickled peppers. Did Peter Piper pick a peck of pickled peppers? If Peter Piper picked a peck of pickled peppers, where's the peck of pickled peppers Peter Piper picked? Red lorry, yellow lorry, red lorry, yellow lorry. |
|
Last Updated on Sunday, 22 March 2009 14:45 |
|
Read more...
|
|
Written by Pengetua
|
|
Tuesday, 17 March 2009 13:36 |
| We Learn... | 10% of what we read 20% of what we hear 30% of what we see 50% of what we both hear and see 70% of what is discussed 80% of what we experience personally 95% of what we teach to someone else William Glasser, M.D. |  | |
|
Last Updated on Tuesday, 17 March 2009 13:41 |
|
|
Majlis Aku Janji PMR SPM 2009 |
|
|
|
|
Written by Administrator
|
|
Monday, 16 March 2009 13:56 |
|
Majlis Aku Janji PMR dan SPM 2009 telah dijalankan dengan jayanya pada 15 Mac 2009 jam 2.30 petang bertempat di Dewan Perdana Putera yang disempurnakan oleh Tuan Haji Markom bin Giran, Timbalan Pengarah Pelajaran Johor. Majlis Turut dihadiri oleh En. Anuar bin Jais, Timbalan Pegawai Pelajaran daerah Kulai, En. Azman Adnan, Pengetua SMK Bandar Putra dan Dr. Mohamad Ngasri Dimon, YDP PIBG SMK Bandar Putra. Majlis dihadiri oleh kira-kira 1000 orang melibatkan semua calon PMR dan SPM, ibu bapa/penjaga calon dan semua guru SMK Bandar Putra. Timbalan Pengarah Pelajaran Johor dalam ucapannya menyeru semua pelajar sentiasa berusaha untuk meningkatkan pencapaian ke tahap terbilang dan gemilang untuk diri dan sekolah. Dalam situasi serba mencabar pada masa sekarang dan masa hadapan hanya pelajar yang memiliki prestasi tinggi dalam akademik dan mempunyai ketrampilan diri yang cemerlang sama ada dalam disiplin kendiri, komunikasi dan kokurikulum sahaja mampu menangani cabaran yang bakal dihadapi.
“ Ibu bapa juga seharusnya sentiasa berusaha memastikan anak-anak jagaan mereka mendapat kemudahan yang terbaik untuk belajar, sentiasa mengambil tahu perkembangan pendidikan anak-anak mereka, menyokong penglaibatan anak-anak dalam apa juga aktiviti sekolah, mendekatkan diri dengan sekolah melalui medium PIBG yang menjadi organ penting sekolah. Sekiranya permuafakatan antara rumah-sekolah ini dapat diwujudkan sudah pasti kecemerlangan anak-anak akan dapat direalisasikan yang sudah pasti akan membantu peningkatan kepada pencapaian sekolah”, kata beliau.
Majlis Aku janji ini diadakan sempena penutupan rasmi Program
Marathon Akademik yang diadakan selama 3 hari 2 malam yang melibatkan semua calon peperiksaan awam sekolah ini.












 |
|
Last Updated on Sunday, 21 March 2010 03:24 |
|
Mewujudkan keseronokan Belajar |
|
|
|
|
Written by Cikgu aba
|
|
Saturday, 28 February 2009 22:22 |
|

Seronok Belajar Oleh Dr Ismail Zain
Pembelajaran yang berkesan ialah pembelajaran yang menyeronokkan. Apabila keseronokan dirasai, segala keletihan, kerisauan atau kebosanan terhadap pelajaran dapat diatasi. Oleh itu setiap murid haruslah bersedia agar diri mereka berada dalam keadaan yang seronok terutamanya ketika belajar.
Bagaimanakah caranya untuk mewujudkan keseronokan pada diri ketika belajar?
Kekemasan: Pakaian yang kemas, rambut yang terurus, susunan buku yang baik
Caranya: Pastikan pakaian sekolah berada dalam keadaan bersih, kasut tidak kotor, rambut lelaki digunting dengan baik, rambut perempuan diurus dengan kemas serta bertudung, buku yang dibawa ke sekolah berada dalam keadaan yang baik tidak terkoyak dan mudah diambil apabila diperlukan.
Kesihatan: Diri yang sihat tanpa penyakit, keadaan bilik darjah yang bersih.
Caranya: Pastikan murid membersih diri setiap hari. Pastikan kawasan bilik darjah dan sekolah bebas daripada wabak penyakit. Adakan senarai tugas untuk membersih kawasan bilik darjah masing-masing. Guna tandas dengan baik. Jangan makan makanan yang tercemar atau terdedah.
Tingkah laku/budi bahasa: Cara berbual dengan guru dan rakan. Tidak melanggari peraturan sekolah. Tidak ponteng sekolah.
Caranya: Perlu menghormati guru serta patuh segala arahan terutama apabila guru memberi tugasan kepada murid. Rakan juga harus dihormati. Jangan bergurau sehinggakan menyakiti hati rakan dan berakhir dengan perkelahian. Rajin ke sekolah, jangan terpengaruh dengan remaja luar yang ponteng sekolah.
Minda sihat: Mampu menggunakan fikiran ketika belajar
Caranya: Sentiasa berfikir sewaktu belajar. Banyak berinteraksi dengan guru dan rakan. Banyak membuat latihan.
Jiwa tenang: Menumpukan sepenuh perhatian ketika belajar
Caranya: Tidak menaruh rasa benci, marah, iri hati terhadap rakan atau guru. Sentiasa bersyukur di atas keselesaan yang dirasai. Sentiasa muhasabah diri untuk mengelak rasa bongkak dan sombong.
Cara-cara yang dinyatakan mampu menjadikan bilik darjah itu sebagai “rumah kedua” untuk murid-murid. Apabila diri dan bilik darjah dalam keadaan yang selesa maka pembelajaran dapat berlaku dengan baik. Tidak ada rasa bosan di jiwa kita malah ada pula murid yang suka datang ke sekolah untuk belajar walaupun pada waktu petang atau pada hari cuti hujung minggu.
UJI KREATIVITI ANDA!
Sediakan satu poster yang mengandungi langkah-langkah mewujudkan keseronokan belajar. Anda boleh menciptanya dengan menggunakan sebarang perisian berbantukan komputer yang sesuai atau melalui lakaran tulisan tangan. Sisipkan juga gambar/lukisan/lakaran untuk dijadikan hiasan pada poster anda. Lekatkan di papan pamer kelas anda. |
|
Last Updated on Friday, 01 May 2009 22:17 |
|
|
|
|
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Next > End >>
|
|
Page 5 of 12 |