SMKBP Mengungguli Anugerah Pendidikan Kulai PDF Print E-mail
Written by Pemberita Portal   
Sunday, 22 February 2009 10:35

Kulaijaya: SMK Bandar Putra mengungguli penerimaan anugerah pendidikan daerah Kulaijaya apabila menerima 20 anugerah dalam pelbagai bidang pada tahun 2008. Anugerah disampaikan oleh Tuan Haji Bahrom bin Ali, Pegawai Pelajaran Daerah Kulai dalam majlis Hari Anugerah Pendidikan Kulai pada 21 Februari 2009 bertempat di IOI Mart, Lagenda Putra, Kulaijaya. Program yang dianjurkan oleh Pejabat Pelajaran Daerah Kulai ini bertujuan untuk mengiktiraf dan menghargai kepimpinan dan sumbangan warga pendidikan serta murid-murid dari sekolah-sekolah didaerah ini yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam bidang akademik, sahsiah dan kokurikulum. Anugerah telah diterima oleh En. Azman bin Adnan, Pengetua SMK Bandar Putra.

Tuan Haji Bahrom bin Ali dalam ucapannya menyatakan bahawa pengiktirafan dan penganugerahan ini boleh dijadikan indikator kepada tahap kejayaan pengurusan sekolah secara cekap dan berkesan. “Oleh yang demikian, peranan sekolah sebagai entiti yang berorientasikan perkhidmatan hendaklah sentiasa mengambil tindakan yang proaktif dan inovatif bagi merealisasikan impian melahirkan murid-murid yang cemerlang dan berketrampilan yang dapat memenuhi tuntutan semasa pada masa hadapan,” katanya lagi.

Sementara itu En Azman Adnan, mengucapkan terima kasih kepada Pejabat Pelajaran Daerah Kulai yang telah menganjurkan majlis penghargaan ini yang dapat membangkitkan lagi semangat semua sekolah di daerah ini untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam pelbagai bidang. 20 anugerah yang dicapai oleh SMK Bandar Putra adalah bukti komitmen semua warga SMK Bandar Putra. “Kejayaan ini adalah hasil yang dituai berkat kesungguhan, komitmen dan pengorbanan semua guru, semua murid dan kakitangan sekolah ini untuk mereaslisasiakan slogan semuanya cemerlang di sekolah ini. Sokongan ibu bapa dan PIBG juga amat membantu,” menurutnya lagi.

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang tidak jemu membimbing murid untuk mencapai kecemerlangan ini dan tahniah kepada semua murid yang dapat menyumbang kepada kecemerlangan sekolah. Kecemerlangan ini hendaklah kita teruskan untuk tahun ini dan tahun-tahun yang mendatang. Setiap guru dan murid mesti berusaha mencipta rekod kejayaan masing-masing dalam apa juga bidang. Kemenangan adalah perkara biasa bagi warga SMK Bandar Putra dan kekalahan adalah sesuatu yang luar biasa bagi kita,” ulas beliau lagi.

Senarai Anugerah Diterima

· Anugerah GPS Terbaik PMR 2007 (1.32)

· Anugerah GPS Terbaik PMR 2008 (1.27)

· Anugerah GPS Terbaik SPM 2007 (3.18)

· Anugerah Peratus Terbaik PMR 2007 (99.58%)

· Anugerah Peratus Terbaik PMR 2008 (100%)

· Anugerah Peratus Terbaik SPM 2007 (100%)

· Johan Karnival Teknikal Johor Lukisan Kejuruteraan

· Anugerah Pengurusan Makmal Sains Terbaik

· Anugerah Pengurusan Bilik Bimbing Kaunseling Cemerlang

· Anugerah Pengurusan SPBT Cemerlang

· Anugerah Pengurusan Disiplin Terbaik

· Anugerah Pengerusi Teknik Terbaik (Catur) – En. Abd Gani Abas

.     Anugerah Hasil Inovasi Pengiraan Markah Kokurikulum - En. Abd Gani bin Abas

 

· Anugerah Pengurusan Kokurikulum Cemerlang – Kawat Kaki GO, NGO dan KRS

· Anugerah Robotik (Energizing)

· Anugerah Robotik Planting

· Anugerah Robotik Terbuka

· Anugerah Portable Cooking With Nature

· Anugerah Eco Plastic Education

· Anugerah Citra Majalah DBP Wilayah Selatan

Last Updated on Sunday, 21 March 2010 03:30
 

Countdown

Hanya
Penilaian Menengah Rendah (PMR 2010)

Countdown 2

Hanya
Peperiksaan Sijl Pelajaran Malaysia (SPM) 2010

Statistik Pengunjung

Anda Pelawat ke:
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini80
mod_vvisit_counterSemalam307
mod_vvisit_counterMinggu Ini1791
mod_vvisit_counterBulan Ini1791
Terima Kasih Atas Kunjungan Anda.