|
Written by Panatia PJPK
|
|
Saturday, 14 February 2009 13:24 |
|
Jerawat lebih dianggap sebagai satu ciri keremajaan kerana biasanya bermula pada usia remaja. Lazimnya bahagian muka yang terjejas. Terdapat banyak jenis jerawat seperti jerawat roscea dan jerawat vulgaris yang bukan sahaja melibatkan muka, malah turut melibatkan bahagian leher, bahu, dada dan bahagian belakang atas badan.
Pada peringkat remaja, kelenjar sebum kulit sangat aktif dalam menghasilkan sebum atau minyak akibat daripada ketidakseimbangan hormon. Pembentukan jerawat bermula dari bukaan kelenjar sebum tersekat. Keadaan ini menggalakkan bakteria merebak. Bakteria menyebabkan bukaan kelenjar terdedah kepada kotoran. Ini seterusnya menyebabkan bukaan kelenjar menjadi kotor lalu membengkak. Akhirnya, ia akan pecah dan mengeluarkan nanah. Keadaan ini dipanggil pustul. Jerawat tidak membawa maut. Ia lebih merupakan masalah kosmetik dan sosial. Penyakit boleh dielakkan dengan meningkatkan kebesihan diri. Kini terdapat ubat dalam pasaran yang boleh menyembuhkan penyakit ini. Walau bagaimanpun, penggunaan ubat perlulah mengikut persepsi dan arahan doktor. Sentiasa mencuci kulit dengan air dan sabun. Minum banyak air dan makan makanan yang kaya dengan vitamin B dan C. kurangkan pengambilan lemak. |
|
Last Updated on Saturday, 14 February 2009 16:14 |