Anugerah Lonjakan Saujana KRK 2008 PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Wednesday, 11 February 2009 18:37

SMK Bandar Putra sekali lagi dianugerahkan Lonjakan Saujana Kelas Rancangan Khas (KRK), kategori Pelajar Cemerlang (Perfect Score) PMR tahun 2008 bagi sekolah-sekolah yang mempunyai Program KRK. Anugerah telah disampaikan oleh Tuan Haji Sufaat bin Tumin, Pengarah Pelajaran Johor kepada sekolah ini yang diwakili oleh En. Azman bin Adnan, Pengetua SMK Bandar Putra sempena Majlis Perasmian Perjumpaan dan Mesyuarat Agung Majlis Perhubungan Pengetua-Pengetua Sekolah Kelas Rancangan Khas (MPPKRK) negeri Johor yang diadakan pada 10 Februari 2009 di Hotel Selesa Johor Bahru. Perjumpaan berkenaan dihadiri oleh semua Pengetua dan Guru Penyelaras sekolah KRK negeri Johor.

Dalam peperiksaan PMR tahun 2008 yang lalu SMK Bandar Putra telah berjaya memperbaiki keputusan bagi calon-calon KRK yang memperoleh 42.05% berbanding 24.2% pada tahun 2007 dengan kenaikan sebanyak 20.9%.

Daerah Kulaijaya turut dianugerahkan daerah ke-2 terbaik bagi kategori calon yang mendapat 5A ke atas. Secara keseluruhannya pencapaian KRK daerah Kulaijaya adalah di tempat keenam terbaik.

Dalam ucapannya, Tuan Pengarah Pelajaran Johor menzahirkan rasa bangga beliau kepada sekolah-sekolah KRK yang berjaya memperbaiki keputusan PMR pada tahun 2008 yang lalu dengan menyumbang 38% kepada pencapaian calon yang mendapat perfect score di negeri Johor. Pada tahun ini juga terdapat beberapa buah sekolah KRK yang berjaya mengatasi pencapaian cemerlang 4 buah sekolah berstatus Sekolah Berasrama Penuh (SBP) di negeri Johor. Secara keseluruhannya seramai 806 orang (42.2%) calon daripada 1900 orang calon (30 buah sekolah KRK) yang mendapat keputusan perfect score dalam PMR yang lalu.

Beliau juga mengharapkan agar 30 buah sekolah KRK di negeri Johor dapat meneruskan kecemerlangan ini dengan mensasarkan pencapaian melepasi  sasaran (terget) masing-masing melalui program dan aktiviti yang berkualiti, menjadikan sekolah cemerlang sebagai penanda aras dan mengoptimumkan peranan MPPSKRK melalui program berpusat.

TAHNIAH kepada semua pelajar KRK, Penyelaras KRK dan semua guru SMK Bandar Putra. Teruskan kecemerlangan ini.

Last Updated on Sunday, 21 March 2010 03:25
 

Countdown

Hanya
Penilaian Menengah Rendah (PMR 2010)

Countdown 2

Hanya
Peperiksaan Sijl Pelajaran Malaysia (SPM) 2010

Statistik Pengunjung

Anda Pelawat ke:
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini127
mod_vvisit_counterSemalam271
mod_vvisit_counterMinggu Ini1046
mod_vvisit_counterBulan Ini3039
Terima Kasih Atas Kunjungan Anda.