Majlis Pelantikan Pengawas SMKBP 2009 PDF Print E-mail
Written by SURIDAH BINTI HAMZAH   
Tuesday, 20 January 2009 17:29

                                           

                                        
 

 

Majlis Pelantikan Pengawas SMKBP sesi 2009 telah berlangsung pada 19 Januari 2009, jam 7.30 hingga 8.10 pagi di Dewan Perdana Putra. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku diikuti lagu Bangsa Johor dan bacaan doa oleh Azli Bin Hanafiah. Seterusnya, majlis diteruskan dengan ucapan aluan-aluan daripada PK1 SMKBP, En. Md Yusoff Bin Mohamad diikuti dengan ucapan perasmian oleh wakil rasmi PPD Kulai, En. Mohd Yusof Bin Katmi. Dalam ucapannya, beliau mengucapkan tahniah kepada para pelajar yang dilantik sebagai Pengawas. Tugas pengawas bukannya satu kerja yang mudah dan hanya pelajar yang berkaliber dan berdedikasi sahaja yang mampu melaksanakannya. Jadi beliau berharap agar para pengawas dapat menjadi contoh yang baik kepada pelajar-pelajar yang lain. Kemuncak majlis ialah penyampaian watikah pelantikan kepada para pengawas.

Majlis di akhiri dengan nyanyian lagu sekolah. Seramai 80 orang pelajar dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5 telah diberikan watikah berkenaan. Tahniah kepada semua pengawas SMKBP. Diharapkan mereka akan dapat memberikan sumbangan dan perkhidmatan yang cemerlang untuk sekolah ini.

 

 

 
Last Updated on Friday, 23 January 2009 22:12
 

Countdown

Hanya
Penilaian Menengah Rendah (PMR 2010)

Countdown 2

Hanya
Peperiksaan Sijl Pelajaran Malaysia (SPM) 2010

Statistik Pengunjung

Anda Pelawat ke:
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini74
mod_vvisit_counterSemalam206
mod_vvisit_counterMinggu Ini1459
mod_vvisit_counterBulan Ini3452
Terima Kasih Atas Kunjungan Anda.