AMARAN DARI POLIS DIRAJA MALAYSIA PDF Print E-mail
Written by Kay M.A   
Friday, 13 February 2009 20:48
" AMARAN DARI PIHAK POLIS - BERHATI-HATI PADA KERTAS YANG MELEKAT PADA CERMIN BELAKANG KENDERAAN ANDA - CARA TERBARU UNTUK MENCURI KERETA

Sedarlah semua! Kita berjalan menghampiri tempat parking, membuka kereta dan masuk ke dalamnya. Kita start enjin kereta dan bersedia untuk berundur. Bila kita melihat cermin belakang untuk melihat kawasan belakang, kita dapati ada kertas yg melekat di tengah-tengah cermin belakang menghalang pandangan kita. Jadi kita parking balik kereta, buka pintu dan keluar untuk menanggalkan kertas (atau apa jua benda) yang menghalang penglihatan kita tadi. Bila anda  sampai di bahagian belakang kereta, pada masa itulah pencuri itu akan keluar dari tempat sembunyinya,masuk kedalam kereta dan memecut pergi.Dia mungkin akan merempuh anda dengan laju semasa mereka melarikan kereta anda. Bagi kaum hawa, saya pasti beg duit kita masih di dalam kereta. Jadi sekarang pencuri memperolehi kereta kita, alamat rumah kita, duit kita, dan kunci-kunci kita. Rumah kita dan kesemua identiti kita telah diketahui!

 Oleh itu, jika kita melihat ada kertas melekat pada cermin belakang kereta kita, teruskan memandu. Tanggalkan kertas itu kemudian. Sudah tentu kita tidak mahu kesemua maklumat peribadi dan pengenalan diri yang berada di beg tangan kita jatuh ke tangan orang lain.



 

Last Updated on Saturday, 14 February 2009 16:12
 

Countdown

Hanya
Penilaian Menengah Rendah (PMR 2010)

Countdown 2

Hanya
Peperiksaan Sijl Pelajaran Malaysia (SPM) 2010

Statistik Pengunjung

Anda Pelawat ke:
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini134
mod_vvisit_counterSemalam271
mod_vvisit_counterMinggu Ini1053
mod_vvisit_counterBulan Ini3046
Terima Kasih Atas Kunjungan Anda.