|
Written by Administrator
|
|
Saturday, 13 March 2010 19:51 |
|
Satu lagi program jaringan komuniti SMK Bandar Putra-GO telah diadakan bersama Pejabat Agama Islam Kulaijaya pada 11 Mac 2010 yang lalu bertempat di Dewan Makan Asrama SMK Bandar Putra. Program 'Remaja Firdaus' ini difokuskan kepada penghuni asrama berjumlah 250 orang. Program ini melibatkan aktiviti solat maghrib dan Isya' berjamaah, bancaan yassin dan tahil, tayangan video dan ceramah bertajuk "Remaja Firdaus" yang disampaikan oleh AsSyeikh Mohd Fahmi bin Samad, Kadi daerah Kulaijaya.
Antara tujuan program ini adalah bertujuan memberi pendedahan kepada remaja berkaitan jenayah syariah, gejala sosial kini, implikasi, cara menghindari dan perundangan yang berkaitan denganya. Melalui program seumpama ini sekaligus dapat merrapatkan hubungan antara sekolah dengan agensi kerajaan yang berkaitan.
Turut hadir dalam program ini ialah En. Zaini bin Abas, Penghulu Mukim Senai, En. Azman Adnan, Pengetua SMK Bandar Putra, En. Mohd Yusof Mohammed, Pn. Shurina Abd Jalil, En. Abd Gani Abas, guru-guru kanan, pegawai-pegawai Pejabat Agama Daerah Kulaijaya,warden asrama, guru-guru, dan penghuni-penghuni asrama.

|
|
|
SMK Bandar Putra Cemerlang SPM 2009 |
|
|
|
|
Written by Administrator
|
|
Saturday, 13 March 2010 19:05 |
|
Tahniah kepada semua pelajar SPM 2009 yang telah dapat mengekalkan keputusan kelulusan 100% dan menambahbaik GPS daripada 2.65 kepada kepada 2.54 dan meningkatkan jumlah calon mendapat semua A daripada 14 orang kepada 25 orang. Berdasarkan pencapaian ini SMK Bandar Putra telah dapat mengekalkan kedudukannya sebagai sekolah terbaik di daerah kulai daripada 16 buah sekolah dan menduduki tempat ke-11 daripada 243 buah sekolah di negeri Johor. SMK Bandar Putra juga turut menerima anugerah bagi kategori 'Sekolah Cemerlang 100%' oleh Pengarah Pelajaran Johor pada tarikh yang sama dalam majlis pengumuman khas SPM di Johor Bahru.
Majlis Graduasi kali ke-4 telah diadakan pada hari keputusan SPM diumumkan yang dihadiri oleh Dr. Ngasri bin Dimon (YDP PIBG), En. Azman bin Adnan (Pengetua), guru-guru, ibu bapa/penjaga dan pelajar-pelajar di Dewan Perdana Putra. Seramai 161 orang pelajar telah menerima sijil graduasi dan slip keputusan peperiksaan daripada Yang Dipertua PIBG. 25 orang pelajar yang mendapat A dalam semua mata pelajaranjuga telah dianugerahkan 'Anugerah Khas Pengetua' oleh Pengetua SMK Bandar Putra dalam majlis berkenaan.
Tahniah sekali lagi kepada semua graduan SMK Bandar Putra sesi 2009.

Gambar-gambar sebelum perarakan akademik dan perarakan graduanmasuk ke Dewan Perdana Putra

Gambar-gambar perarakan masuk graduan dan tenaga akademik SMK Bandar Putra



Gambar graduan SPM dan gambar 25 orang pelajar cemerlang semua A |
|
Written by AZMAN ADNAN
|
|
Wednesday, 10 March 2010 20:09 |
|

Kepada anak-anak pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009 SMK Bandar Putra yang saya kasihi sekalian.
Pertamanya, saya bagi pihak seluruh warga SMK Bandar Putra mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua anak pelajar yang telah memperoleh kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan pada hari ini. Sekali lagi kita berjaya mengekalkan peratus kelulusan 100% dengan GPS 2.54. Kejayaan yang anda capai adalah kejayaan kita bersama – pelajar, guru, ibu bapa dan komuniti sekolah. Kejayaan yang kita tuai pada hari ini adalah berkat kesungguhan, kesabaran, ketabahan dan doa anda semua yang menyahut cabaran sebagai ‘pejuang-pejuang SMKBP’ untuk meletakkan sekolah kita sebagai antara sekolah terbaik negeri Johor selaras dengan misi dan visi yang kita sering laung-laungkan. Keputusan ini juga adalah hadiah yang paling berharga bukan sahaja buat diri anda, tetapi keluarga, sekolah, PPD, JPNJ dan masyarakat anda.
Saya selalu menyebut bahawa dalam perjalanan hidup ini kita hendaklah sentiasa berusaha mencipta sejarah kecemerlangan diri dan salah satunya telah anak-anak pelajar buktikan melalui keputusan SPM ini. Tahun ini anda telah dapat meningkatkan pencapaian GPS kita dan menambah bilangan calon cemerlang (Semua A) berbanding tahun sebelumnya dan sekaligus kita telah dapat melepasi sasaran dari segi kualiti pencapaian keseluruhan kita. Jadikanlah keputusan cemerlang ini sebagai landasan untuk anda meneruskan kecemerlangan di peringkat lebih tinggi. Saya sentiasa mendoakan anda berjaya menempatkan diri di mana-mana institusi pengajian tinggi di dalam dan luar negeri dan seterusnya dapat merealisasikan impian anda selama ini. InsyaAllah.
Tahniah sekali lagi kepada anda semua. SMKBP sentiasa BOLEH!
Sekian, terima kasih.
(AZMAN BIN ADNAN) Pengetua SMK Bandar Putra
11 MAC 2010.
|
|
Last Updated on Thursday, 11 March 2010 17:01 |
|
|
|
|
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Next > End >>
|